Monday, September 26, 2011

PETUA : Mencuci hati


 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. 
Oleh itu, dibawah ini
ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, 
diolah oleh pakar motivasi 
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga  menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  • Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
  • Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..
  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara kejahatan.
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,  tidak   sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
  • Kekalkan wuduk.  
  • Bersedekah.
  • Belanja orang makan.
  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti
  • halal atau tidak).
  • Berkawan dengan ulama.
  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  • Pesan pada orang, jadi baik.
  • Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda
pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai
walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri
kurang berjaya mencuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan
untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah.

It Happens in Seremban

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang
men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah
dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan
dimanjakan mengikut   lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah
keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat
yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang
mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena
telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan
hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah
sampai mengizinkan. Tapi  ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin
berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila
anaknya ingin berkahwin dalam adat resam  agama HINDU..

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan
mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi
dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya
kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa
anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal
jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya
bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca
ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula
meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang
terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai
lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN
senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk
mensihirkan   lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali 
sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), 
kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang 
membolehkan   unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam 
akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan
Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang
tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan 
berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada 
kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat.
Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang
tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat.
Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada
mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka
lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan
berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA:
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar
agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan.
Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. 
Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan 
segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, 
maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.
hmmm ....semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir tersebut.
Amin...

Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun
berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.
Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada  pemuda itu,
 "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu
sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Thanks to Intan ICTMSN..

No comments:

Menarik...Klik Sini